Pages

11 June 2011

Tips mengawal rasa cemburu.

Betulkah cemburu tandanya sayang? "Cemburu sedikit-sedikit. itu isyarat sayang dan ingin bermanja-manja. Namun apabila cemburu bertukar menjadi obsesi ngeri, apa harus kamu laku kan?"

Aku nak share sikit tips kat korang, supaya korang dapat mengatasi perasaan cemburu korang kat pasangan korang. :-)


BAGAIMANA MENGAWAL PERASAAN CEMBURU?

1: Rasa selamat
- Cuba fikir masak-masak. apa sebenarnya yang membuatkan kamu cemburu? Mengapa perlu rasa terancam? Kenal pasti apa yang membuatkan kamu berasa tidak selamat. Jika perlakuan si dia yang membuatkan kamu tidak senang duduk, misalnya terlalu baik dengan wanita lain, atau layanan kepada orang lain sama seperti layanan di berikan kepada kamu dan kamu rasa tidak istimewa, pastikan dia tahu. Mungkin bagi si dia, ia normal dan tidak salah.

2: Bersikap terbuka
- Setiap manusia di muka bumi ini berhak berkawan dan berhubung dengan sesiapa pun. Kalau difikirkan, mustahil kalau kita berkawan dengan satu jantina sahaja. Lebih baik kamu cuba kenali rakan-rakan pasangan supaya tidak timbul prasangka.

3: Elakkan berada dalam persekitaran Negatif
- Hindari daripada bergaul dengan orang yang bersifat negatif. Ada orang memang suka menyampaikan cerita dan bergosip yang kadang kala entah betul atau tidak ceritanya. Jika cerita kurang enak samapi ke telinga kamu mengenai pasangan, jangan cepat melatah. Rujuk dulu dan dengar penerangan pasangan sebelum bertindak. Periksa sebelum membuat tuduhan agar tiada hati terluka.

4: Fokus terhadap hubungan
- Kurangi unsur-unsur negatif dalam hubungan. Fokus dalam memperbaiki demi menjadikan hubungan lebih baik dan harmoni. Berkomunikasilah dengan pasangan. Jadi pendengar dan prihatin terhadap keperluannya. Tawarkan keselesaan yang membolehkan pasangan bersikap terbuka. Ini lebih baik daripada dia menipu semata-mata mahu menjaga hati kamu.

5: Utamakan hidup kamu
- Kamu cemburu melihatnya asyik keluar dan menghabiskan masa dengan teman-teman. Jadi mengapa tidak kamu? Get a life! Ia dapat mengurangkan tekanan dalam perhubungan. Beri ruang untuk diri masing-masing kerana ini sebenarnya akan membuatkan kamu dan dia lebih menghargai hubungan.

6: Yakin dengan diri sendiri
- Kuncu utama dalam mengawal perasaan cemburu adalah berasa yakain dengan diri sendri. Kamu perlu sedar yang kamu adalah yang terbaik untuk pasangan dan tiada siapa yang mampu menyayanginya lebih daripada kamu! Kamu kenal luar dan dalam diri pasangan, kelemahan dan kelebihannya. Itulah yang harus kamu pegang agar cinta kalian berkekalan.

P/s : Harap tips ni dapat membantu korang :D
Enjoy reading, do comment ya buddy'z. Follow me.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.